LaBeLS

aCaRa (3) bELi BeLah (1) CaReeR (11) E-CoSWaY (2) FaMiLY (17) FRieNDS (4) GeNeRaL kNoWLeDGe (1) HaNNaN (14) HoLiDaY (8) HoMe DeCoR (4) iSU SeMaSa (4) LiFe (9) LuAhAN PeRaSaaN (1) Me (21) MoTiVaSi (2) mY BiSNeS (3) PeNGaLaMaN (7) PReGNaNCY (6) RuTiN (1) SaRa NaSuHa (15) SenTuHaN KaLBu (6) SuMBeR iNPiRaSi (2) ThE kiDs (9)
Showing posts with label iSU SeMaSa. Show all posts
Showing posts with label iSU SeMaSa. Show all posts

Monday, November 7, 2011

TyPiCaL MaLaYSiAns...Part 2

Kalau boleh... semua orang yang disekelilingNYA... mesti kurang dari dia...
kalau agak2 lebih2 je... mula la buat ayat cover... atau buat ayat yang menyakitkan hati...

seperti :::::

- ala... laki bini kerja.. boleh la.... 
- tgk tu.. laki dia rajin tolong bini dia sapu sampah, sidai kain... tah2 gaji bini lagi besar dari laki....  tu yg kena queen control...
- ala.. anak baru sorang.. boleh la ko belikan baju mahal2.... cuba anak dah 2, 3 tgk la...!!...

Pada aku... the way sesebuah keluarga tu survive dalam kehidupan seharian adalah bergantung kepada suami-isteri itu sendiri... tak perlu nk sakit hati, sakit mata, sakit perut tgk kelebihan orang sebelah-menyebelah ke... depan belakang ke...

mana ko tahu mcm mana dia struggle untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna...

sebagai contoh;

Family A :
Suami gaji : 3000
Isteri gaji : 3000
Anak : 2 ( umur bawah 5 tahun )

Rumah : 1200 ( sendiri )
Kereta : ( keta sorang satu ) tempat keje jauh2 = 1600
Susu + pampers anak : 400
Baby sitter : 400
Insurance anak : 250
Credit card : 500 ( sorang satu )
Bg parents : 400
Minyak : 400 ( termasuk jalan2 ujung mggu )
Makan : mlm masak sendiri ( 70 sekali belanja ujung mggu x 4 ) = 280
Makan kat tempat keje : 240 ( anggaran kasar untuk 6 hari keje seminggu untuk sebulan )
Balance : 330 . Simpan untuk emergency... atau untuk leisure di hujung minggu

Family B :

Suami gaji : 3000
Isteri gaji : 3000
Anak : 2 ( umur bawah 5 tahun )

Rumah : 1200 ( sendiri )
Kereta :( keta sorang satu ) tempat keje jauh2 = 1600
Susu + pampers anak : 400
Baby sitter : 400
Insurance anak : 250
Credit card : 500 ( sorang satu )
Bg parents : 400
Minyak : 400 ( termasuk jalan2 ujung mggu )
Makan : mlm makan kat luar ari2 kecuali weekend
( estimate sekali makan luar RM15 sehari ) = 450
Makan kat tempat keje : 240 ( anggaran kasar untuk 6 hari keje seminggu untuk sebulan )
Balance : 160. Simpan untuk emergency... atau untuk leisure di hujung minggu

Antara 330 dgn 160.... banyak beza tu... banyak benda boleh buat dgn duit byk tu... tapi kadang2 orang sekeliling ni tak reti nk fikir 2,3 kali sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang apa yg dilihat.... terus buat tafsiran sendiri.....

mcm mana mak bapak kita boleh survive besarkan anak ramai2 dgn gaji yg sikit....

JIMAT...
perkataan yg senang nk cakap.. tapi selalunya nafsu akan mengatasi perkataan ini...

Dari pemerhatian aku....
Malaysians... kalau nk jimat...
beli susu anak murah.... asal pakaian  branded..
awal bulan makan mewah... akhir bulan.. nk beli topup pun congak2...
beli perabot yang ada brand.... nk beli supplement, water filter, air purifier... kedekut...


 

Friday, August 12, 2011

IsTiLaH bErKaiTaN Babi



Insya Allah hari ini saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan and pembaca blog ni,
bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.

Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.
Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.
4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi.
Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.
6. Boar : Babi liar
7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu BAbi dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.
Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis

"This product contain substance from porcine"

bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi",
atau label yang menyatakan

"The source of gelatin capsule is porcine"

bermaksud"Kapsul dari gelatin babi".

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.....

Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.

Wassalam...


Dill....

Friday, July 22, 2011

TyPiCaL MaLaYSiAns... PaRT 1

Melayu
oleh Usman Aw
ang


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Wassalam...


Dill....

Thursday, February 3, 2011

Mungkinkah Undang2 Baru Perlu Digubal.....!!!

Metro semalam... Rabu.. 2-Feb-2010.... Muka hadapan.... tajuk utama.. HAMBA PENGKID-pengarah syarikat tinggal suami, 3 anak....
Metro hari ni... Khamis... 3-Feb-2010..... Muka 26.... Gadis ikut tomboi diminta pulang....
Esok... tah apa pula yg jadi.....

Hari ni... Khamis... 3-Feb-2010.. Muka 4..... Penasihat Majlis Agama Islam Johor... (MAIJ).. Datuk Noh Gadut... memberikan ulasan mengenai isu HAMBA PENGKID..... Beliau mengulas bahawa perbuatan itu sudah menyamai perbuatan di zaman jahiliah....

Perbuatan itu adalah antara dosa2 besar..... melakukan hubungan terlarang.. menyakiti kaum keluarga.. meninggalkan tanggungjawab terhadap keluarga....

Sesiapa yg melakukan kesalahan tersebut perlu taubat nasuha.... taubat yg sebenar-benar taubat kepada Allah....

Aku merasakan bahawa... perlu ada akta baru yg perlu digubal berkenaan isu ini.... ini kerana... mak nyah ada akta untuk tindakan undang2.... tetapi... bagaimana pula dgn tomboi....  jika mak nyah boleh diserbu atas kelakuan tidak senonohnya.... kenapa geng2 tomboi yg melepak tidak ada sebarang akta atau undang2 untuknya.... ternyata kedua-dua masalah identiti ini mengundang kepada masalah sosial dikalangan masyarakat kita....

Atau akta baru perlu digubal dibawah undang2 syariah.... kerana... Nabi tidak mengaku umat kepada manusia yg menukar kejadian Allah....

Walaupun tidak semua pengkid tu BUSUK.... tapi kerana nila setitik... rosak susu sebelanga.... Terus terang ku katakan.... aku ada sedikit allergic dgn golongan ITU.... walaupun ada anak buah aku mcm tu... sorang je.... kami yg disekeliling ni... seboleh-boleh mempengaruhi dia... and now.... ada perubahan positif yg ditunjukkan.....

Sebagai rakan2 sekerja .. atau rakan sekelas.. atau rakan serumah.... kita sebenarnya boleh berfungsi sebagai pengubah identiti mereka ini... unless... diorang ni memang jenis yg dah "BEST CONDITION" ... Dah tak boleh nk adjust lg....

Semoga Allah memudahkan dan membukakan hati golongan seperti ini dan sewaktu dgnnya.. untuk segera insaf dan bertaubat sebelum terlambat....

Insyallah....