LaBeLS

aCaRa (3) bELi BeLah (1) CaReeR (11) E-CoSWaY (2) FaMiLY (17) FRieNDS (4) GeNeRaL kNoWLeDGe (1) HaNNaN (14) HoLiDaY (8) HoMe DeCoR (4) iSU SeMaSa (4) LiFe (9) LuAhAN PeRaSaaN (1) Me (21) MoTiVaSi (2) mY BiSNeS (3) PeNGaLaMaN (7) PReGNaNCY (6) RuTiN (1) SaRa NaSuHa (15) SenTuHaN KaLBu (6) SuMBeR iNPiRaSi (2) ThE kiDs (9)
Showing posts with label SenTuHaN KaLBu. Show all posts
Showing posts with label SenTuHaN KaLBu. Show all posts

Monday, April 16, 2012

SomEtHing tO ShaRe AboUt SOLAT

Ada banyak rahsia solat yang Allah berikan kepada hambanya yg taat tanpa kita sedari... 

Solat.. merupakan perkara yang wajib kita buat... rukun..
Allah mengatakan.. dirikanlah solat... nescaya.. kamu akan tercegah dari melakukan kemungkaran... 
Kerana dengan mendirikan solat... kita mendirikan jati diri kita sebagai umat Islam..... 
Menurut Imam Shafie, khusyuk adalah wajib dalam solat.... 
Mata memandang ke tempat sujud, dada mengarah ke kiblat... hati dan mulut mengungkapkan ayat2 Allah... 
meminta pertolongan, rezeki, nikmat dan rahmat dari nya.... 
Di dalam surah Al-Fatihah... ada ayat kita meminta Allah menunjukkan kita ke jalan yang lurus.... 
setiap ayat yang dibaca di dalam solat... ada hikmah dan makna...
meminta dan meminta Allah memberi... dan bersyukur.. bersyukur.. atas apa yang telah diberi.... 
Solat menunjukkan kita perlukan Allah setiap masa... orang yg meninggalkan solat... menunjukan dia tidak memerlukan Allah dalam kehidupannya.... 

apabila mata kita memandang... ia terpelihara dari melihat perkara yang tidak baik.... 
tidak suka melihat yang kurang sopan, membuka aurat... 
jika masih bersolat... tetapi masih juga suka melihat perkara-perkara yang mungkar..??.. 
perbaiki la solat kita... Allah maha mengetahui segalanya... 

apabila kita melakukan perbuatan, pekerjaan seharian.... buatlah dengan bersungguh-sungguh.. seperti kita mengerjakan solat... 

perantaraan antara hamba dengan penciptanya.... adalah solat... 
jika kita memerlukan handphone untuk berhubung sesama manusia....
kita memerlukan solat untuk berhubung dengan Allah.....
jika tertinggal handphone.... gelisah mcm ayam berak kapur...
begitu juga kita perlu buat jika tertinggal solat... 
jika kita memerlukan credit untuk call seseorang... 
kita juga memerlukan masa, effort, kesungguhan untuk berkata-kata dengan Allah... mengadu dengan Allah..... 
apabila seseorang tidak bersolat... ia bukan sahaja membakar dirinya sendiri..
malah kaum keluarganya... dan orang sekeliling..... 
semoga .... aku dapat mengingatkan diri aku sendiri.... dan kawan-kawan yg lain...
sekadar mencari amal jariah ...

Wassalam...

Dill...  


Friday, April 6, 2012

KiSaH HaTi

Hati yang sihat memerlukan makanan.... 
zikir dan tasbih antara sumbernya.... 
muhasabah .... dan rendah diri ... antara supplementnya...  

Alkisah... seorang raja pada zaman dahulu.... sangat sayang dan hormat kepada bendaharanya.... 
bendahara ini sangat tenang.. dalam menyelesaikan apa jua masalah.... 
ayat fav. bendahara...
akan ada hikmah.. disebalik semua ini..... 
baginda raja sangat menyukai bendahara tersebut.... 
sehingga lah.. pada suatu hari.... 
raja sedang bermain pedang bersama adindanya.... 
dengan tidak sengaja... baginda tercedera.... terkena bilasan pedang pada betis...
menampakkan luka yang sangat dalam.... 
baginda meminta nasihat dari bendahara..... 
adakah ini perbuatan yang sengaja atau tidak...
adakah adinda beta mahu membunuh beta untuk merampas tahkta negeri ini...
bendahara menjawab...
tidak tuanku.... ini cuma tidak sengaja... mesti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.... seperti biasa.. bendahara akan menjawab seperti ini... 
baginda murka... lalu bendahara diperintahkan untuk dipenjara..... 

masa berlalu............ ........ .............
...................................

baginda raja.. pergi ke hutan.. memburu mungkin.... ( aku tak ingat buat apa.. )
sesat...... 
baginda raja meneruskan perjalanan..
sehingga tiba di satu daerah.. dimana penduduknya mengamalkan kepercayaan....
mereka perlu mempersembahkan korban manusia yang bukan dari kaum-kaum mereka sebagai sembahan kepada kepercayaan mereka...
lalu.. tibalah hari yang persembahan dilakukan.... ketika itu... kaum tersebut memeriksa tubuh badan dan fizikal baginda raja.... mereka menemui parut yang sangat dalam... 
terus reject... 
sebab ada parut... lalu raja dibebaskan..... 
baginda...berlari..berlari... berhari-hari.. sehingga sampai ke istana.... 
tanpa memikirkan apa-apa... baginda terus meluru berjumpa dengan bendahara dan menceritakan apa yang berlaku kepadanya..... dimana... pada akhirnya baginda raja berkata....
memang benar kata-kata bendahara... ada hikmah disebalik apa yg berlaku kepada beta... 
jika beta selamat... apakah hikmah kepada engkau... kezaliman adalah hikmah engkau... itu bukanlah suatu bentuk hikmah...
bendahara membetulkan baginda raja....
bukan begitu... jika tuanku tidak memenjarakan patik... sudah tentu patik akan pergi bersama-sama tuanku...
dan sememangnya patik tidak akan berpisah dengan tuanku... 
jika patik ditangkap bersama-sama tuanku.. maka patik lah yang akan dijadikan korban persembahan kerana badan patik tiada parut tuanku.... 
baginda raja terdiam dan berlalu.... memerintahkan  pengawal melepaskan bendahara dari penjara... 

kesimpulannya.... 
wahai hati.... 
setiap apa yang berlaku.... apa yang orang buat terhadap engkau... 
orang cakap tentang engkau... semua ada hikmahnya... 
cuma engkau perlu..bersabar.... dan memaafkan semua kejahatan yang telah orang lain buat... 
berdoa dan tawakal dengan Allah... 

tapi.... ... apa yang tinggal... bila kita cabut kesan paku di dinding....... 
kemaafan yang meninggalkan kesan bukan.???...

Dill.. 

Saturday, December 24, 2011

KeNaPa ??

Just nak share ilmu with all my friends....
Kerana ilmu itu lebih bermanfaat daripada harta...

Kenapa Allah menjadikan air laut itu masin...
sebab.. kalau air laut itu tawar... nescaya akan busuklah dunia ini....

kerana... segala kotoran.. sisa-sisa buangan akan terumpah ke laut... 
kepanasan matahari akan evaporate air laut ke langit...
tinggallah sisa-sisa kemasinan...
dengan garam juga... terurailah.. segala kekotoran .. dengan campuran-campuran mineral batuan.. aktiviti gunung berapi bawah laut....

betapa besar dan agungnya ciptaan Allah.... cuma aku... lambat...

lambat untuk berfikir dan mengkaji tentang kebesarannNYA....

selalu je duduk.. tepi pantai.. relaks.... sambil melihat kebesaran Allah... tapi.. aku tak penah terfikir pun kenapa Allah menjadikan itu dan ini.. mcm itu.. dan mcm ini...
astaghfirullah...

kenapa Allah menjadikan ikan itu rasanya tawar.... sedangkan selama-lama menyelam dalam air masin.. tapi... bila kita letak garam je..... jadi ikan masin... masin giler....

semasa hidup.... jadikanlan hati kita seperti ikan... jangan biarkan keadaan sekitar mempengaruhi kita.... hidupkanlah hati dgn zikrullah.... selalu la menonton rancangan ilmu.... supaya rohani kita tidak gersang.. kering kontang...

jika hati kita mati... ia akan mudah dipengaruhi oleh keadaan di sekeliling kita.... seperti ikan yg telah mati.... akan meresapi apa yg kita letak padanya....

thanks a lot to hubby... dia byk memberi dorongan kepada aku supaya menjadi lebih baik dari semalam... alhamdulillah... banyak yg aku nk kongsikan dgn semua... tapi... masa dan keadaan yg tidak mengizinkan.... kekangan kerja... outstation.... masa dgn anak2... adalah antara anugerah Allah pada aku buat masa sekarang.... mungkin dengan kesusahan sekarang... Allah melatih aku untuk kesenangan di masa hadapan...

Insyallah...

Wassalam.. .

Dill...


Tuesday, September 13, 2011

BeRiNgATLaH.. !!!!....

Glasier runtuh di Alaska


Akibat suhu bumi yang semakin meningkat.......



LETUSAN PERMUKAAN MATAHARI

Saintis-saintis Amerika Syarikat (AS) menyatakan kitaran biasa bintik matahari kini memasuki fasa hibernasi yang tidak pernah dilihat sejak kurun ke-17 dengan suhu global dijangka turun akibat perubahan itu.
Selama bertahun-tahun, para saintis meramalkan bahawa menjelang 2012, matahari akan mengalami fasa dikenali sebagai solar maksimum dengan aktiviti ledakan api dan bintik matahari berada pada tahap paling aktif.
Namun, permukaan matahari yang agak tenang sejak kebelakangan ini menunjukkan keadaan yang sebaliknya.
Pendedahan itu dibuat menerusi tiga hasil kajian yang dibentangkan pada pertemuan tahunan Bahagian Solar Fizik Persatuan Astronomi Amerika Syarikat di Las Cruces, negeri New Mexico kelmarin.
Aktiviti matahari cenderung meningkat dan berkurangan setiap kitaran 11 tahun.





Foto PERUBAHAN CUACA DI ANGKASA




KELOPAK BUNGA DI LANGIT

Surah Ar-Rahmaan ayat 37: "Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti (kilapan) minyak. Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? 



TSUNAMI DI JEPUN

 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DIUCAPKAN KEPADA RAKAN TAULAN, PEMBACA SETIA DAN SEMUA YANG BERAGAMA ISLAM.

SAYA PENULIS BLOG, MEMOHON MAAF DIATAS SEGALA DOSA DARI SEKECIL ZARAH ATOM KE SEBESAR2 ALAM...

MAAF ZAHIR DAN BATIN..

Wassalam...

Dill...



Wednesday, June 22, 2011

Istiqomah




Kita selalu mengimpikan segala yang baik. Kita tidak pernah memohon diberikan jalan yang berliku dan penuh duri. Kita senantiasa impikan melalui jalan lurus yang sudah rata. Tiada siapa yang mahu tidur beratap langit, beralas tanah serta hidup mengais-ngais sampah mencari sisa makanan.

Namun setiap manusia akan diuji mengikut darjat keimanan dan kemampuannya. Para rasul ulul azmi adalah mereka yang paling tahan diuji. Selanjutnya diikuti oleh rasul dan nabi-nabi lainnya.Kalaulah persoalan hidup selalu menghimpit. Dirudung terus dengan kepedihan disebabkan kegagalan demi kegagalan. Keinginan demi keinginan pula tidak tercapai. Yakinlah, bahawa semua itu ada hikmah yang terkandung disebaliknya.




1. Apa yang ada di dunia tidak kekal. Tidak perlu memaksa diri harus mencapai keinginan. Sebaliknya tidak perlu kecewa ketika tidak tercapai. Mengapa sedih hanya untuk sesuatu yang fana tidak kekal.

( tapi Kita selalu memaksa diri dan struggle untuk mendapatkan apa yang dihajati... Kita juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan... ) Adakah Kita tidak bersyukur....... Kita cuma tidak mahu pasif dalam kehidupan ini.... Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika ia tidak mengubah nasibnya sendiri....


( kerana semua kesusahan Kita anggap sebagai cabaran hidup kita.. Ujian yang Allah untuk hamba-hambanya yang disayangi.... )

3. Sikap istiqomah menjadi benteng pertahanan. Istiqomah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada aqidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa keadaan sekalipun.
2. Semuanya akan berubah sesuai dengan kehendak Allah. Kesulitan akan berubah jadi kemudahan.



Istiqomah berusaha : tekun bekerja atau usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai oleh Allah. Dengan kata-kata lain istiqomah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan suatu pekerjaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini terwujud dari dorongan hati yang istiqomah.

Hikmah istiqomah

Istiqomah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apapun jua pengaruh dan rintangan. Sikap ini menjadikan seseorang terus berusaha untuk mencapai tujuan dengan usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan. Tentu saja tetap di bawah garis ketentuan Yang Maha Kuasa.
Sebaliknya, sungguh malang nian orang yang tidak mempunyai tujuan dan perjuangan dalam hidup mereka. Mereka hanyut bagaikan buih di sungai. Berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak mereka diwarnai pelbagai budaya buruk.

Allah mengurniakan akal fikiran, kekuatan, kesihatan dan kudrat namun, disia-siakan. Semoga kita bukanlah tergolong dalam golongan ini. Kita berlindung kepada Allah.

Amin...

Wassalam...

Dill..

Tuesday, May 17, 2011

Ketika Allah Berkata TIDAK..!!..

“Ya Allah jauhkanlah aku dari kesulitan!”
Allah berkata, “Tidak. Kesulitan dan penderitaan telah menjauhkanmu dari jerat duniawi dan mendekatkanmu pada-Ku. Kesenangan telah melalaikanmu dari mengingatiKu. ”



“Ya Allah, berilah aku rezeki yang halal!”
Tidak. Dalam kitab suciKu, telah kuberikan panduan mana rezeki yang halal, mana yang haram. Tinggal engkau melaksanakannya. ”



“Ya Allah, berilah aku kebahagiaan dalam hidupku.”
Allah berkata, “Tidak! Telah Kuberi keberkatan, kebahagiaan bergantung kepadamu sendiri untuk menghargai keberkatan itu. ”


“Ya Allah berikanlah aku kenikmatan dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Aku beri kau kehidupan supaya kau menikmatinya. Kenikmatan datang dari syukur. Kerana kau tidak mensyukuri apa yang telah kuberikan kepadamu, kenikmatan tidak pernah datang kepadamu. ”



“Ya Allah, terimalah ibadah-ibadahku!”
Allah berkata: “Tidak. Bukan Aku yang membuat ibadat Kuterima atau Kutolak tapi engkau sendiri. Maka, perbaikilah ibadah-ibadat. ”



“Ya Allah, jauhkanlah kesombongan dariku!”
Allah berkata, “Tidak! Bukan Aku yang menjauhkannya, tapi kau yang harus menjauhinya dan serahkan kepada-Ku. ”



“Ya Allah, berilah aku kesabaran dalam hidup ini.”
Allah berkata, “Tidak! Kesabaran didapat dari ketabahan dalam menghadapi cubaan; tidak diberikan, kau harus meraihnya sendiri. ”



“Ya Allah, jadikanlah anakku, anak-anak yang soleh!”
Allah berkata: “Tidak. Kesolehan anak-anak bergantung cara engkau mendidiknya, bukan Aku yang menjadikannya. Apabila mereka membesar menjadi manusia yang tidak mengenal-Ku dan tidak taat kepada-Ku, orang tuanyalah yang akan Aku minta pertanggungjawakannya di mahkamah-Ku kelak. ”



“Ya Allah, aku sedih anakku cacat, sempurnakanlah anakku yang cacat.”
Allah berkata, “Tidak! Jiwanya telah sempurna, tubuhnya hanyalah sementara. Aku memberimu anak dengan kesempurnaannya. Cacatnya diakibatkan oleh perbuatan-perbuatanmu yang tak kau sedari. ”



“Ya Allah, kabulkanlah semua doaku”
Allah berkata: “Tidak. Banyak doa-doamu disebabkan oleh nafsumu yang bila kukabulkan itu akan mencelakakanmu sendiri. Engkau banyak meminta kepadaKu tetapi tidak tahu untuk mensyukurinya. Aku mengabulkan doa-doa yang ikhlas, tidak berlebihan dan sesuai dengan kadar yang kamu memilikinya. ”



Kadang kala kita berfikir bahawa Allah tidak adil, kita telah susah payah memanjatkan doa, meminta dan berusaha, pagi-petang-siang-malam, tapi tak ada hasil. Kita mengharapkan diberi pekerjaan, puluhan bahkan ratusan lamaran telah kita kirimkan tak ada jawaban sama sekali – orang lain dengan mudahnya mendapatkan pekerjaan. Kita sudah bekerja keras dalam pekerjaan mengharapkan naik pangkat, tapi tiba-tiba orang lain yang mendapatkannya tanpa susah payah.


Kita mengharapkan diberi pasangan hidup yang baik dan sesuai, berakhir dengan penolakan dan kegagalan, orang lain dengan mudah berganti pasangan. Kita menginginkan harta yang banyak, namun masih tidak cukup.


Cuba kita bayangkan diri kita seperti anak kecil yang sedang demam selsema, lalu kita melihat penjual aiskrim. Anak yang sedang panas badannya merasa haus dan menganggap dengan minum aiskrim dapat mengubati rasa demam (maklum anak kecil).


Lalu kita meminta pada orang tua kita (seperti kita berdoa memohon pada Allah) dan merengek agar dibelikan aiskrim itu. Ibu bapa kita tentu lebih tahu aiskrim boleh memburukkan lagi penyakit kita. Tentu dengan segala dalih kita tidak dibelikan. Ibu bapa kita tentu ingin kita sembuh dulu baru boleh minum aiskrim yang lazat itu.


Begitu pula dengan Allah, segala yang kita minta Allah tahu apa yang paling baik bagi kita. Mungkin tidak sekarang, atau tidak di dunia ini Allah mengabulkannya. Kerana Allah tahu yang terbaik yang kita tidak tahu. Maka, sembuhkan dulu “selsema” dan “demam” dalam diri kita itu dengan meningkatkan kesedaran diri.


Situasi di atas.... adalah sebahagian daripada situasi yang aku hadapi recently.. !! Semoga aku menjadi hambamu yang tabah.. Amin....


Wassalam....


Dill...