Monday, September 12, 2011

DuGaaN TeMPaT kErJA ....

Mggu pertama puasa... aku dikejutkan berita yang paling tak disangka-sangka... thats was the answer for my silent...

got 1 part... being tested in my company... everything was fine... appearance... dimensioning... perfect..!!..

and bila the part shipped to customer for trial... functional failed...

kat company ni ada overmoulded process...

the 1st process was ok... but then, we ask customer to provied the functional test.. senang nk tau.. mana area yang tak suit ni....

bila customer datang bg function test nyer....

owwhhhh...... aku terkasima.....

botol  "rum"... jenama ke apa tah.. "malibu"

ini kind of arak tau....

i was helping them to produce tutup botol arak... nauzubillah...

the functional is when they set the rum to keluar about 10ml...... it should be that way la kan... tapi tak...

apa lg.... terus la ke jobstreet.....

my last working day here will be on 21st-Sept-2011...

and start keje tempat baru... 26th-Sept-2011....


walaupun best keje sini... waktu puasa pun diorang boleh release balik awal half an hour.. syok..!!... sempat masak.. sempat pegi bazaar.... tapi Allah lebih mengetahui.. mana yang lebih baik untuk hamba-hambanya....


Friday, August 12, 2011

IsTiLaH bErKaiTaN Babi



Insya Allah hari ini saya ingin kongsikan dengan kawan-kawan and pembaca blog ni,
bagaimana untuk kita mengenal pasti ubat-ubatan yang mengandungi sumber khinzir.

Satu cara yang paling penting ialah dengan membaca label pada produk ubat tersebut.
Tapi... macam mana kita nak tahu kalau kita tak paham istilah-istilah sains yang sering digunakan pada label ubat?

Dalam Bahasa Melayu, perkataan Babi atau Khinzir jelas menggambarkan haiwan berkaki empat ini sama ada daging babi, bulu babi ataupun kulit babi. Tetapi di dalam bahasa Inggeris, kita mungkin terkeliru dengan pelbagai istilah yang digunakan untuk menggambarkan haiwan ini. Contohnya:

1. Pork : Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine : Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Pig : Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kuran 50kg.
4. Hog : Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50kg.
5. Porcine : Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal dari babi.
Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan penggunaan sumber yang berasal dari babi.
6. Boar : Babi liar
7. Sow : Istilah untuk babi betina dewasa yang jarang digunakan.
8. Sow Milk : Susu BAbi dan ada pelbagai istilah lagi...

Daripada pelbagai istilah Bahasa Inggeris yang menggambarkan haiwan babi, istilah Porcine sering digunakan dalam bidang perubatan atau label ubat.
Mungkin ramai orang Islam yang tidak mengetahui bahawa label yang bertulis

"This product contain substance from porcine"

bermaksud "Produk ini mengandungi bahan dari babi",
atau label yang menyatakan

"The source of gelatin capsule is porcine"

bermaksud"Kapsul dari gelatin babi".

Harap perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua.....

Jangan beri alasan kita jahil lagi selepas itu.

Wassalam...


Dill....

Wednesday, August 10, 2011

SaRa AdMiTTeD...

1 Ramadhan 1432H...

2.00 pagi... Badan Sara panas sangat...sangat-sangat.. aku tak tido pun mlm tu.... terus bg ubat masuk ikut bontot tu....

4.00 pagi... tak reda langsung panas dia.. 

lepas je sahur... aku dgn hubby bawak dia pegi emergency HSA... nk pegi HSI dah serik.... hampagas..!!...

Sampai je.. terus check temperature.. 39.5....
bg ubat sementara tggu doktor merawat panggil....

39.5..!!.. mlm tadi tah berapa la temperature dia agaknyer...

bila jumpa doktor.. and after explain this and that... he asked me to bring Sara for X-Ray...

the X-Ray shown several white and grey spot... kat paru-paru sebelah kiri...

memang dia ni dah lama dah batuk.. but biasa la.. klinik just bg ubat batuk...

and then ambik darah nk tgk banyak mana infection dia....

the results is the infection was too much to let her go back....

masuklah wad...

tapi.... 1st day jek longlai.... malam tu and the next day.. dah mcm dia punyer playground...

luckily.. Sara menunjukkan perubahan yang sgt cepat dan positif... nk makan.. muntah sekali je.. nk minum.... tapi tak nk susu....

ok la... asalkan dia ada makan... selera betul makan lauk spital.... suka aku tgk dia nk makan...

1st day - bawah mata lebam je... siannyer.. lembik je... tak aktif langsung...






Above 2 pics ni 2nd day.....

Tangan kiri dah kena balut... tukar hisap jari tgn kanan...

eiii.. gerammm je.... penghisap jari tegar.... 

asalnyer... tempat masuk ubat tu sebelah kanan.. malam tadi tido tercabut... tgk2.. bawah badan aku.. huhu.... pagi-pagi tgh mandi nurse cucuk semula... sebelah kiri... siap letak kayu supaya tak mudah tertanggal...







tak reti diam... !!

aku malu sangat2... Sara telah memalukan mama tau..!!..

Insiden pertama...

budak lelaki umur 2 tahun tengah menetek dgn ibunye sambil baring... that boy membelakangkan kami so. ibunya menghadap kami....

Sara dengan lantangnyer... berkata...

"eiiii... alu la... nenen..."
( Malu la... nenen )

Sambil menunjukan ke arah mereka...adusss...!!!!

Insiden kedua...

budak perempuan umur 2 1/2 tahun... menangis no stop.... dari sampai wad... around 9am.. sampai tghri.... sambil nanigs sambil panggil ayahhhh.....

katil dia betul-betul sebelah katil Sara....

agaknyer dia dah bosan tgk budak tu tak diam-diam....

terus dia baring... muka ke atas... tangan depa... sambil mengajuk budak katil sebelah tu menangis.... ayahhh.... ayahh.....

satu wad tu gelakkan dia... bertuah punyer anak....

Insiden ketiga...

aku pegi surau... nk solat zuhur.... yang si Sara ni memang tak boleh berenggang since dia kena cucuk tangan untuk kali ke-2... fobia dah kot....

nurse cari sampai ke surau.... nk ambik b/p... dgn suhu badan...

di marah nyer nurse tu...

"aya.. ayang ni...."

( Sara sembahyang ni )
maksudnye.. jgn la kacau...

sbb masa tu dia tgh berdiri betul-betul atas sejadah...

uiisshhhh...

petang tu jugak.. doktor bagi balik.. alhamdulillah.... kalau tak.. mama kena ambik cuti lagi....
bila nk konpem....

PENGAJARAN...

aku and hubby dah nekad.. nk buatkan medical card for both our kids... bukan tak percaya kerajaan... cuma keselesaan untuk ibu dan anak.... katanyer kanak-kanak tak ada wad 1st class.. aku pun tak tanya hari tu....  wallahualam...

aku and hubby sekarang tgh ajar Sara untuk lebih kerap basuh tangan.. dengan sabun... sebab dia hisap jari... segala bagai kuman memang suka jari-jari yang basah dan lembap...

nak kena beli digital thermometer.... ( dah beli )... balik je dari hospital.. terus gi beli...


Wassalam...


Dill...

Friday, July 29, 2011

DeMaM ..!!...

Akibat terlalu taksub untuk jadi mcm 'Super Mak'...
dah 2 malam berturut-turut.. tido around 1 plus...
memang every 2 hours.... Hannan akan jaga.. nk susu atau nk suruh aku tukar pampers...

ari ni aku demam....
tapi gagahkan jugak pegi keje... nk tunjuk good performance la konon...
kan belum confirm lg....

hmmm..... moga2 lepas ni.. badan aku boleh ada adapt with the situation...
yang nk menjadi 'Super Mak'


Wassalam...


Dill.... 

Wednesday, July 27, 2011

SuPeR MaK




Sinopsis...

Supermak seorang ibu yang sangat luar biasa, mempunyai kuasa istimewa seperti kekuatan dan kepantasan dari nenek moyangnya yang bergelar Thani dari kepulauan Riau dan pulau tersebut jugak diterajui oleh nenek moyangnya.
Walau bagaimanapun dia terpaksa menyorokkan keistimewaannya tersebut dari suaminya yang juga seorang anggota polis iaitu Rees, lakonan Azhan Rani, mereka berdua mempunyai 2 cahayamata iaitu dikurniakan dua orang cahayamata iaitu Ayesha (Nelly) dan Amril (Haider Harris)
Macam biasa dalam cerita mesti ada musuh, hehe. Bashar (Zul Yahya) merupakan musuh tradisi dari salah satu suku kaum Thani di Riau, muncul dengan tiba-tiba untuk mengganggu ketenteraman awam dan termasuklah keluarga Amy Salim. Bashar sangat tamak orangnya, kuasa apatah lagi, dan akhirnya Bashar berjaya untuk menguasai seluruh Kuala Lumpur dan kumpulan gengster pun boleh tunduk dan patuh je dengan arahannya. Bashar juga sangat ditakuti ramai kerana mempunyai kuasa api dan hebat.
Yang bestnya ada lagi seorang pewaris dari keturunan Thani iaitu Camelia (Zara Zya) yang mempunyai kuasa Ais, tapi tunduk juga kepada Bashar, Menurut kisah silam, moyang Bashar telah mencuri pingat unik tersebut dari Thani, dan pingat itu terpecah kepada lima bahagian. Oleh itu, Bashar dan Camelia perlu bergabung untuk memerangi Amy untuk mendapatkan satu daripada pecahan pingat unik yang dijaga rapi olehnya.
Selain daripada mereka bertiga, Khalil (Syawal) dan Ghazi (Henzy Andalas) mereka juga mempunyai kekuatan telekenetik  yang berupaya untuk menjadi halimunan, mereka juga berasal dari keturunan Thani. Watak mereka sedikit berbeza, mereka suka berjenaka dan suka mengusik Amy.

I LIKE..!!..

Mula la aku berangan... lepas je tgk citer ni... terus je meluap-luap semangat nk maintain kekemasan rumah.... huhu.. nampak sgt rumah selalu bersepah...

tak la sepah ape.... cuma weekend... sgt2 bersih dan kemas... semua tersusun... baju berlipat... start selasa.. sampai jumaat.... mana yang sempat je aku kemas...

bila tgk Nasha Aziz... dah la memang giler minat kat dia... cantik  sgt... suka tgk muka dia... terasa macam nk carik je sunglass yg sebijik mcm tu...

mula la aku ni... uisshhhh... mudah terpengaruh...


Dill....

Friday, July 22, 2011

TyPiCaL MaLaYSiAns... PaRT 1

Melayu
oleh Usman Aw
ang


Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.


Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau
memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu


Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan


Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual


Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan


Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut


Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"


Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan


Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka

Wassalam...


Dill....

Monday, July 18, 2011

HaPPY BiRTHDaY SaRa & SYauKaT

Nur Qaisara Nasuha Binti Mohd Syaukat

Aku yang bg nama ni.... at first ramai yang pertikaikan.. panjang sgt la.... ada makna ke... and many more..

25th Jun 2011...

Sara genap 2 tahun... sekejap je waktu berlalu....

Celebrate kat rumah my MIL.... sekali dgn my hubby punyer birthday.. and my SIL punyer birthday...

Hubby-08-06-1980.....
SIL - Nabila - 24-06-1985
SIL - Nadiah-bulan May la... aku tak ingat bila...


kek from me to all the birthday boy and girls....

malam celebration tu.. my MIL ada buat BBQ.... ayam.. all the seafoods... dgn otak2... lepas tu.... anak dia yang sulung aka my BIL... ada balik.. so lagi happening la... siap bakar mercun.. mcm raya pulak dah...

untuk Hubby.. aku hadiakan Ray Ban... itu je yang termampu setakat ni... kalau nk yang lagik mahal nanti2 la k.....


bergaya la tu..!!
 
untuk Sara.. mama belikan meja tulis kecik... + kerusi....
buku memang dah sedia banyak.... so.. tinggal susun je la atas meja belajar ( konon2 )...
 
meja tu bukan untuk menarik minat Sara untuk belajar bercakap shj okay... tapi... aku nk ajar dia displin.... makan... minum... aku akan suruh dia duduk kat meja dia.... nk suap sendiri ke.... nk minum pegang sendiri ke... tumpah ke.... meleleh2 ke... tak kesah.....
 
so... kalau aku nk bersihkan pun... kat area2 meja tu je..
 
untuk my both SIL.... tak ada apa la untuk diorang.. aku belanja kek je....
just wish them all the best on what they do... itu aje...
 
 
 





Sara sekarang dah pandai cakap sikit-sikit... boleh la ajak berbual.... 

Antaranya..

bila balik dari rumah babysitter....

Mama : Sara dah makan.. ?
Sara : akan... (makan)
Mama : Sara makan apa.. ?
Sara : assik..
Mama : Makan dengan sape.. ?
Sara : akan... hanna... haikal... hannan...
( dia ckp makan dgn anak2 baby sitter tu... dgn Hannan sekali )
Mama : Makan nasi dgn apa..  ?
( kalau aku tanye lauk apa... dia tak faham lagi.. )
Sara : Fish....ayam....
( everytime tanyer.... i will get the same answer )

huhuhu..... :)

bila naik kereta.. on the way ke rumah my mom or my MIL...

Mama : Sara duduk diam-diam ok...
Sara : Okay....

Mama : Sara.. kita nk pegi mana ni... ?
Sara : Umah nenek..... Acu...nabila... iya.. nenek..atok...along.. abbit.. 
( pegi rumah nenek... ada pak su.. nabila.. nadia... nenek ...atok...rabbit )
kat rumah MIL ada arnab 2 ekor.... Sara suka main2.. tapi bila arnab tu kejar dia...mencicit lari.... geli.... 
Mama : lagi... ?
( kadang2 aku suka usik dia...mcm ada yang dia terlupa sebut )
Sara : ermmm.... adok...anamm.... bibik ya.... acu.. maman....
( kali ni... dia sebut semua family sebelah aku pulak... )
adok - mbah dok...
anam - mbah lanang
bibik ya - bibik mira
acu - paksu.. 
maman - paman an

aku memang sengaja terapkan BAHASA JAWA.... supaya anak2 aku tak lupa asal-usul kami... terpulanglah apa orang nk kata kalau mereka dengar perbualan kami sekeluarga... 

thats all for now... 

Wassalam...


Dill..