Kita selalu mengimpikan segala yang baik. Kita tidak pernah memohon diberikan jalan yang berliku dan penuh duri. Kita senantiasa impikan melalui jalan lurus yang sudah rata. Tiada siapa yang mahu tidur beratap langit, beralas tanah serta hidup mengais-ngais sampah mencari sisa makanan.
Namun setiap manusia akan diuji mengikut darjat keimanan dan kemampuannya.
1. Apa yang ada di dunia tidak kekal. Tidak perlu memaksa diri harus mencapai keinginan. Sebaliknya tidak perlu kecewa ketika tidak tercapai. Mengapa sedih hanya untuk sesuatu yang fana tidak kekal.
( tapi Kita selalu memaksa diri dan struggle untuk mendapatkan apa yang dihajati... Kita juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan... ) Adakah Kita tidak bersyukur....... Kita cuma tidak mahu pasif dalam kehidupan ini.... Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika ia tidak mengubah nasibnya sendiri....
( kerana semua kesusahan Kita anggap sebagai cabaran hidup kita.. Ujian yang Allah untuk hamba-hambanya yang disayangi.... )
3. Sikap istiqomah menjadi benteng pertahanan. Istiqomah bererti berpendirian teguh atas jalan yang lurus, berpegang pada aqidah Islam dan melaksanakan syariat dengan teguh, tidak berubah dan berpaling walau dalam apa keadaan sekalipun. 2. Semuanya akan berubah sesuai dengan kehendak Allah. Kesulitan akan berubah jadi kemudahan.
Istiqomah berusaha : tekun bekerja atau usaha untuk mencapai kejayaan yang diredhai oleh Allah. Dengan kata-kata lain istiqomah perbuatan merupakan sikap dedikasi dalam melakukan suatu pekerjaan atau perjuangan menegakkan kebenaran, tanpa rasa kecewa, lemah semangat atau putus asa. Sikap ini terwujud dari dorongan hati yang istiqomah.
Hikmah istiqomah
Istiqomah merupakan sikap jati diri yang teguh dan tidak luntur oleh apapun jua pengaruh dan rintangan. Sikap ini menjadikan seseorang terus berusaha untuk mencapai tujuan dengan usaha dan pengorbanannya. Akhirnya sikap inilah yang menjadi faktor utama kejayaan. Tentu saja tetap di bawah garis ketentuan Yang Maha Kuasa.
Sebaliknya, sungguh malang nian orang yang tidak mempunyai tujuan dan perjuangan dalam hidup mereka. Mereka hanyut bagaikan buih di sungai. Berserah pada takdir tanpa usaha, atau mereka mengikut arus dan perubahan zaman tanpa prinsip dan pendirian, iman mereka rapuh, amal ibadah mereka tidak menetap dan akhlak mereka diwarnai pelbagai budaya buruk.
Allah mengurniakan akal fikiran, kekuatan, kesihatan dan kudrat namun, disia-siakan. Semoga kita bukanlah tergolong dalam golongan ini. Kita berlindung kepada Allah.
Amin...
Wassalam...
Dill..
No comments:
Post a Comment